Tabiat boros berbelanja selalu menjadi punca utama duit gaji anda "licin" sebelum masanya. Kadang duit gaji bukan tak cukup, tapi cara anda menguruskan duit itu yang salah.
Tapi saya faham, dalam dunia yang penuh dengan godaan online shopping dan iklan media sosial yang 'menghantui' skrin telefon anda, agak sukar untuk anda mengawal diri daripada sikap boros dalam berbelanja. Sebab itu perkongsian kali ini adalah tentang 5 tips elak boros berbelanja untuk bantu anda memperbaiki tabiat kewangan, mengawal aliran tunai dan membuat keputusan kewangan yang lebih bijak setiap hari.
Salah satu punca utama anda menjadi boros sebab anda tak rancang dengan teliti nak beli apa. Kadang-kadang bila dah terbeli sesuatu barang baru anda perasan ia di luar kemampuan. Lagi-lagi bila semuanya sekarang boleh dibeli hanya dengan satu klik sahaja tanpa perlu fikir panjang.
Akibatnya, duit gaji cepat habis dan anda mula rasa seperti kewangan sentiasa sempit setiap bulan. Ada juga yang akhirnya terpaksa menggunakan kad kredit atau BNPL untuk menampung gaya hidup yang sebenarnya melebihi kemampuan sendiri.
Sebab itu anda perlu disiplin berbelanja ikut bajet bulanan. Caranya mudah:
Dengan cara ini, anda lebih sedar ke mana duit keluar dan lebih mudah kawal tabiat boros sebelum ia jadi masalah kewangan yang lebih besar.
Kewujudan kad kredit dan BNPL sering memberi solusi bahawa anda masih mampu membeli sesuatu, walaupun sebenarnya perbelanjaan tersebut mungkin sudah melebihi kemampuan semasa. Tapi saya juga tak nafikan kad kredit dan buy now pay later ada kelebihan yang tersendiri bagi anda yang bijak menggunakannya.
Tapi kalau anda tergolong dalam golongan yang susah nak kawal perbelanjaan diri, adalah lebih baik anda tidak menggunakan instrumen pembayaran ini bagi mengelakkan tabiat boros menguasai diri anda lagi.
Pernah tak anda rasa terdesak untuk beli sesuatu, tapi bila sudah miliki, anda sedar yang anda sebenarnya tak perlukan segera pun? Lagi sedih, anda langsung tak gunakan apa yang anda sudah beli.
Itulah yang dipanggil emotional spending. Bagaimana cara nak atasi masalah ini?
Gunakan teknik >> "Cooling-Off Period"
Apabila anda nampak sesuatu barangan (terutamanya secara online), jangan terus tekan butang 'Check Out'. Sebaliknya:
Biasanya selepas 24 jam, keghairahan anda terhadap barang itu akan berkurang. Anda akan mula berfikir secara logik: "Eh, berbaloi ke beli?" atau "Aku perlukan ke benda ni?." Teknik ini sangat berkesan untuk mematikan sifat boros anda yang datang secara tiba-tiba.
Ini adalah langkah paling drastik tapi paling berkesan. Telefon pintar anda sekarang adalah 'lubang' paling besar untuk anda jadi boros. Notifikasi daripada aplikasi e-commerce seperti "Diskaun 50%" atau "Free Shipping" adalah racun untuk poket anda. Kalau anda tak tahan dengan godaan ini, apa yang anda boleh lakukan adalah:
Ketahuilah, anda tidak rugi apa-apa kalau terlepas promosi. Anda lebih rugi kalau poket kosong sebab terlalu boros mengejar promosi.
Saya selalu kongsikan ilmu ini kepada pelajar Absorich dalam kelas Money & Cashflow Mastery, dan ramai yang berjaya buat perubahan besar selepas menggunakan sistem ini. Apa yang anda perlu buat adalah asingkan duit perbelanjaan kepada 3 akaun bank mengikut fungsi yang berbeza. Contohnya :
Bila anda dah asingkan siap-siap duit perbelanjaan, ia dapat melatih diri anda menjadi lebih berdisiplin. Contohnya, kalau anda dah cukupkan RM500 sahaja untuk bank kemahuan, bila duit anda semakin berkurang, anda tahu itu sahaja jumlah duit yang anda ada. Dalam bahasa mudah anda tidak akan usik duit dari tabung simpanan sebab anda hanya ada RM500 sahaja untuk layan bank nafsu pada bulan tersebut. Sebab itu sistem 3 bank ini dapat mencegah anda daripada menjadi boros dalam berbelanja.
Kesimpulannya, menangani penyakit boros dalam diri bukanlah bermaksud anda tidak boleh menikmati hasil titik peluh sendiri. Ia adalah tentang memberi keutamaan kepada masa depan anda berbanding keseronokan sementara. Apabila anda mula berdisiplin menguruskan kewangan sendiri, anda akan dapati hidup lebih tenang tanpa gangguan hutang atau penyesalan pada masa hadapan.
Mulakan langkah pertama hari ini untuk kawal nafsu anda dan jadilah tuan kepada duit anda, bukan hamba kepada sifat boros.
Semoga berjumpa lagi dalam artikel seterusnya 🤗.
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.