Tahukah anda?
Menurut Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan Malaysia II, hanya 35% - 36% sahaja jumlah rakyat Malaysia mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi pada usia persaraan nanti.
Peratusan yang sangat rendah ini pastinya merisaukan banyak pihak. Dengan isu kos sara hidup yang tidak berkesudahan, sudah tentu pada usia 60-70 tahun nanti, anda tak mahu masih membanting tulang demi sesuap nasi.
Jadi sebagai persediaan persaraan yang lebih terjamin, artikel 5 tips simpanan persaraan ini sangat penting untuk anda baca dan hadamkan sehingga akhir. Selamat membaca!

Masa sedang bekerja pun anda patut ada belanjawan, apatah lagi bila anda bersara dari pekerjaan nanti. Perancangan belanjawan ini akan bantu anda dapatkan nombor yang jelas, tanpa perlu risau tentang duit sama ada cukup ataupun tidak.
Tapi bagaimana nak mula ?
Walaubagaimanapun, rancangan belanjawan ini boleh berubah mengikut komitmen dan keperluan anda. Untuk panduan lebih lanjut, anda juga boleh rujuk belanjawan yang telah dikeluarkan oleh KWSP bagi membantu memudahkan perancangan simpanan persaraan anda nanti.
Tahukah anda perbuatan menyimpan duit dalam bank adalah perkara yang merugikan?
Duit simpanan persaraan yang tidak dilaburkan akan terhakis nilainya akibat inflasi. Sebab itu, alihkan sebahagian simpanan anda ke dalam instrumen pelaburan yang sesuai dengan umur dan tahap risiko anda.
Berikut antara platform pelaburan yang anda boleh teroka :
Tip tambahan: Terutama kepada suri rumah, yang bekerja sendiri atau berada dalam sektor gig ekonomi, anda juga boleh memanfaatkan platform KWSP untuk simpanan persaraan. Antara insentif yang telah disediakan oleh kerajaan seperti i-Suri, i-Saraan dan caruman pilihan sendiri. Oleh itu, KWSP tidak terhad kepada mereka yang kerja dibawah majikan sahaja. Malah apa yang lebih menarik kerana KWSP memberi pulangan yang konsisten dan dijamin oleh kerajaan.

KWSP adalah simpanan utama untuk hari persaraan. Jadi bagi anda yang ada tabungan dalam KWSP, elakkan dari keluarkan duit KWSP sebelum waktu yang sepatutnya. Kalau ada kemungkinan anda rasa akan mengusik simpanan dalam KWSP atas sebab kecemasan atau memenuhi keperluan lain, sebaiknya anda wujudkan simpanan lain supaya anda tidak tergoda menggunakan simpanan persaraan.
Berikut merupakan struktur akaun KWSP ( bermula 11 Mei 2024) :
Walaupun kerajaan telah memberi banyak kelonggaran untuk anda mengeluarkan duit KWSP, itu tidak bermakna anda boleh bermudah-mudah untuk mengeluarkan simpanan persaraan KWSP. Anda perlu sentiasa beringat bahawa simpanan KWSP adalah pelindung utama anda selepas bersara nanti.
Simpanan persaraan yang anda kumpul bertahun-tahun boleh lesap sekelip mata kalau anda terpedaya dengan scammer. Sehingga suku tahun pertama 2025, sebanyak 12,110 kes scammer telah dilaporkan dengan jumlah kerugian RM573 juta. Malah setiap tahun jumlah laporan scammer semakin meningkat. Semoga anda tidak terjerat sebagai salah seorang mangsa penipuan kewangan dan pelaburan palsu.
Tips elak kena scam:
Simpanan persaraan anda adalah hasil usaha titik peluh anda bertahun-tahun. Jangan biarkan ia lesap kerana kecuaian atau pertimbangan yang salah. Sentiasa berwaspada dengan transaksi kewangan anda.

Matlamat utama sebelum anda bersara ialah bebas hutang. Selesaikan hutang pinjaman peribadi, kereta, rumah dan elakkan menambah hutang baharu. Pada masa ini, anda perlu fokus untuk mengumpulkan lebih banyak aset berbanding liabiliti (hutang).
Apa langkah yang boleh anda lakukan untuk capai matlamat bebas hutang tersebut?
Apabila anda berjaya selesaikan semua hutang sebelum tempoh persaraan, anda sebenarnya boleh menikmati simpanan persaraan dengan lebih tenang tanpa beban kewangan yang memeningkan.
Kesimpulannya, isu simpanan persaraan bukanlah isu remeh yang boleh diambil ringan. 35% adalah peratusan yang sangat rendah. Sebab itu anda perlu mulakan langkah proaktif hari ini dengan mengamalkan 5 tips simpanan persaraan seperti yang telah saya kongsikan di atas. 
Anda kena sentiasa ingat, setiap tindakan kecil yang anda lakukan hari ini akan memberi kesan yang besar kepada kehidupan anda selepas bersara nanti. Rancang kewangan anda dengan baik dan usaha untuk tingkatkan simpanan persaraan supaya anda tidak menjadikan anak-anak sebagai ‘life jacket’ bila anda sudah tua dan tidak ada pendapatan nanti.
Masa depan yang selesa bermula dengan keputusan yang anda buat hari ini!
        
        50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.