Sebab Utama Anda Perlu Melabur Dalam Unit Trust

unit trust Apr 22, 2022

Melabur dalam Unit Trust mampu menjana sumber pendapatan. Zaman sekarang ini, kalau nak bina kewangan kukuh, mesti kena ada sumber pendapatan atau side income selain daripada kerja hakiki.

 

Tak dapat bayangkan kalau hanya bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja. Hari ini mungkin anda boleh overtime kerja kuat untuk dapat duit lebih.

 

Kalau esok lusa jatuh sakit, larat lagi ke kerja keras macam orang lain?

 

Susah kalau tak sedia back up awal-awal. Sebab itu sudah menjadi keperluan untuk sesiapa sahaja membina multiple sources of income dengan instrumen pelaburan.


Artikel kali ini saya akan berkongsi sebab utama anda perlu melabur dalam Unit Trust untuk memberi idea kepada anda dalam mempelbagaikan sumber pendapatan. Bagi anda yang masih tidak tahu apa itu Unit Trust? Anda boleh lihat di sini.

 

Unit Trust sumber pendapatan alternatif secara pasif

Sebab 1 : Unit Trust antara medium passive income

Unit Trust merupakan pelaburan yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Ia berpotensi memberi keuntungan melalui kenaikan harga modal (capital gains) dan agihan dividen. Potensi inilah yang dipanggil sebagai pendapatan pasif.

 

Tapi apa beza pendapatan aktif dan pasif?

 

Pendapatan aktif adalah pendapatan yang memerlukan anda untuk bekerja secara konsisten. Contohnya seperti gaji dan komisen. Pendapatan pasif pula pendapatan yang anda peroleh tanpa berpenat lelah melakukan kerja. Sebagai contoh, dividen pelaburan.

 

Dalam erti kata lain, pendapatan AKTIF memerlukan kudrat dan tenaga untuk bekerja. Jika anda tidak bekerja maka sumber utama pendapatan anda akan lumpuh. Manakala pendapatan PASIF, anda boleh memperoleh pendapatan walaupun ketika anda tidur. Namun kebiasaannya pendapatan pasif memerlukan pengorbanan dari sudut modal pada permulaan untuk menjana keuntungan yang kekal berterusan. 

 

Unit Trust sesuai dijadikan sumber pendapatan alternatif secara pasif untuk anda. Walaupun sibuk dengan kerja hakiki dan tidak kerap memantau pergerakan pasaran, itu tidak menjadi masalah besar. Fund manager yang berpengalaman akan bantu buat strategi ke atas dana pelaburan anda. 

 

Sekiranya anda mahu, anda juga boleh melantik ejen Unit Trust untuk memberi khidmat nasihat tentang analisis pasaran yang mereka lakukan agar anda mencapai objektif kewangan yang anda inginkan.

 

Kerja menganalisa maklumat ini penting kerana ia akan mempengaruhi pulangan atau dividen yang bakal anda peroleh. Dengan dua keunikan di atas, kerja-kerja menganalisa prospektus syarikat dan memantau pasaran tidak terletak atas bahu anda semata-mata. Bila kerja boleh diagihkan, workload anda pun jadi tidak banyak.

 

Bertepatan dengan konsep pendapatan pasif, melabur dalam Unit Trust tidak memerlukan anda bekerja sepenuh tenaga untuk kekal mendapatkan dividen.

 

Pelbagaikan dana Unit Trust anda ke dalam saham, bond dan lain-lain

Sebab 2 : Elemen diversification dalam Unit Trust

Ini antara sebab yang paling menarik yang menjadikan pelaburan Unit Trust unik dan tidak ada pada instrumen pelaburan lain.

 

Keunikan melabur dalam Unit Trust adalah bila mana anda boleh pelbagaikan pelaburan anda dalam pelbagai sektor seperti sukuk, saham, blue chip, hartanah, emas, telekomunikasi, kesihatan dan sebagainya sama ada dalam dan luar negara. 

 

Bermakna walaupun anda berada di Malaysia, anda boleh melabur hartanah di US, Australia dan pelbagai negara yang lain. Selain itu anda juga boleh melabur dalam sektor yang bernilai tinggi seperti bon atau sukuk. Kalau anda nak tahu, untuk subscribe bon bukan suatu yang murah. Hanya mereka yang mempunyai duit berjuta-juta dalam bank sahaja yang boleh membeli bon. Bon berfungsi untuk memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat besar yang perlu memenuhi keperluan pembiayaan projek mereka. Nampak macam mustahil untuk beri dana kepada syarikat besar. Tetapi dengan Unit Trust, anda boleh membeli bon melalui dana pelaburan yang anda sertai.

 

Menarik bukan?

 

Jadi, untuk mempelbagaikan sumber pendapatan bukan suatu perkara yang mustahil pada masa kini.

 

Peribahasa inggeris ada menyebut. “Don’t put all your eggs in one basket”. Dalam konteks perkongsian hari ini, jangan hanya bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja. Jika tidak, anda meletakkan diri sendiri dalam situasi berbahaya. Bayangkan anda tak mampu bekerja lagi. Mati kutu dibuatnya!

 

Dekat mana nak korek duit untuk teruskan hidup?

 

Kalau saya jadi anda, sekarang juga saya peruntukkan duit pendapatan utama saya untuk dilaburkan dalam instrumen pelaburan seperti Unit Trust. Sekurang-kurangnya saya ada sumber lain untuk dapatkan duit. Jadi saya tidak mudah rasa terdesak ketika melalui waktu-waktu sukar.

 

Setuju?

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.